Teringat pagi semalam tiba2 ja rasa terbuak2 emosi marah tapi ditahan perasaan ini...selama tiga bulan mengajar dan mendidik murid2ku, aku sabar dengan kerenah mereka yang berbagai2. cuma kali ni mcm dah tercabar kesabaranku, lantas aku berfikir...kalau aku terus marah dia (muridku) sudah tentu aku tidak dapat memberi dia ruang untuk membuka fikiran atas kesalahan yang dilakukannya. apa taknya setiap kali masuk kelas dia xpernah buat kerja yang diberikan malah kerja sekolah sering tertangguh dan hasil buku tulisnya kosong. aku xterus menghukumnya tapi terus memujuk agar menyiapkan walaupun hasil tetap sama....
dalam kes2 lain di media masa, ada yang lebih biadap dengan guru2 hingga mereka sanggup memukul, merosakan harta benda kerana tidak berpuas hati teguran, nasihat yang diberikan.. mereka ini tiada lagi rasa hormat kepada orang yang mencurahkan ilmu dan bakti kepada mereka selama ini.
Sebenarnya bukan senang mendidik seorang insan untuk menjadikan manusia yang berjaya bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat... Seorang murid tidak cukup jika dididik dengan ilmu pengetahuan tanpa diterapkan nilai2 akhlak mulia, beradab sopan dengan guru, ibubapa dan sesama manusia. Mereka harus diberi perhatian, kasih sayang, berlemah lembut, semangat untuk menimba ilmu, motivasi, bercerita tentang kisah2 teladan dan sebagainya untuk membina peribadi yang mulia. Semua ini memerlukan kesabaran ibubapa dan guru dalam mendidik generasi hadapan agar mereka menjadi manusia yang taat serta beriman kepada Allah Swt... Jadilah guru/ibubapa yang baik pada anak2 kita dalam membentuk generasi yang unggul.

0 comments:
Post a Comment